Hari Penentuan Kelas

28 JANUARI 2015
Pada setiap hari Rabu , murid-murid tahun 6 akan diarahkan untuk berkumpul di dewan sekolah untuk mendengar taklimat. Taklimat ini disampaikan oleh semua guru panitia, guru penyelaras dan Tuan Guru Besar.

Selepas sesi taklimat selesai , strimming class dilakukan. Awal-awal lagi sebelum taklimat kami diminta untuk membawa beg sekolah masing-masing dan beratur mengikut kelas masing-masing dengan teratur dan berdisiplin. Kemudian, semasa Cikgu Samsiah iaitu guru penyelaras Tahun 6 ingin memulakan strimming class, kami semua berdebar-debar dan tidak henti-henti berdoa.

Cikgu Samsiah memulakan dari kelas yang paling hujung (6 Sri Tahan) , kemudian kelas ketiga (6 Sri Ledang) , seterusnya Kelas kedua (6 Sri Jerai) dan akhir sekali kelas pertama (6 Sri Kinabalu). 

Ramai murid yang menangis kerana mereka diturunkan kelas dan ada juga yang gembira kerana mereka dinaikkan kelas. Manakala saya pula menangis kegembiraan kerana saya kekal di kelas saya iaitu kelas 6 Sri Kinabalu.

Kepada rakan-rakan sekolah saya yang membaca ini , saya berharap kalian jangan bersedih jika turun kelas ya. Kedudukan kelas tidak penting. Yang penting kalian semua belajarlah dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment