That feeling

26 NOVEMBER 2015 (draft)
Hai. Entry ni x sempat publish haritu . So harini baru terpublish hehehe.
Entry ni adalah tentang "PERASAAN" . yes perasaan. but bukan perasaan cinta or what. Ianya adalah perasaan seorang blogger :) 

Tapi saya tdk pastilah kalau perasaan ni saya sorang sja yang prnh rasa or blogger yang lain pun prnh rsa jga. Pernah kah kamu as a blogger rasa takut nak publish entri-entri yang dah ditaip panjang lebar ? Sebab rasa malu kalau tidak dapat respon atau takut dapat negative comment dari orang lain. Pernah tak ?

Actually, Begitu lahh keadaan saya bila nak publish apa-apa entri. Takut sy dpt negative comment or someone think negative about me. contohnya , nanti dorang kata saya ni berlagak la , sombong la and anything. Well biasalah , ada manusia yang suka sangat cari kesalahan kita. (atau lebih senang difahami, suka jaga tepi kain orang. ala-ala busybody gitu)


Banyak entri yang saya dah tulis panjang lebar tapi sy takut nak publish . So saya biarkan dalam draft hahaha. sampai sekarang saya tidak publish-publish entry tu. Entri-entri yang saya letak dlm draft tu semua dah berhabuk :3 hahahahaha


But kalau saya betul2 nak publish juga entri itu , saya akan baca semula ayat-ayat saya . Kalau ayat saya tu nampak terlalu kebudakan-budakan , saya akan cuba untuk mengubahnya mnjadi ayat matured chewaa HAHAHAHAH .. tapi sometimes saya sendiri tidak sure kalau ayat saya tu okay ataupun tak. So terpaksa saya biarkan and publish ja hahahaha.Asalkan segala yang saya ingin luahkan akhirnya terluah juga.


So perasaan takut dan malu itu sebenarnya semuanya tidak penting . Yang penting segala yg ingin kta luahkan akhirnya terluah . And jangan nak tkut dengan apa yg orang akan fikir tentang kita. abaikan je kalau mereka nak cakap benda buruk tentang kita.



School Holiday !

23 NOVEMBER 2015
Selamat Sejahtera dan Hai ,
Setelah 10 bulan lebih kita menghadap buku, pergi ke sekolah dan sebagainya. Tetapi akhirnya , cuti sekolah telah bermula !  :)

Pada hari khamis yang lalu (19.11.2015) adalah hari terakhir persekolahan . Terasa sangat berat hati hendak berpisah dengan rakan-rakan di sekolah rendah. Tahun depan semua dah masuk sekolah menengah. Kemungkinan besar , kami akan jarang berjumpa. (Atau mungkin tidak akan berjumpa lagi ? D: ) Tetapi yang sangat menyedihkan adalah apabila kami semua terpaksa berpisah dengan guru-guru yang telah mengajar kami di skolah rendah. Huahhh :(

Walaupun baru beberapa hari cuti sekolah , tetapi saya dah rasa sangat rindu dengan mereka huhuuuuu. Apa-apapun , Saya berharap kami akan bertemu lagi. ;) 

UPSR result

Kelmarin (17.11.2015) keputusan UPSR 2015 diumumkan dan juga merupakan Hari Graduasi sekolah saya. Saya berasa sangat berdebar-debar. 
Sebelum memulakan majlis , kami menyanyikan lagu 'NEGARAKU' , 'SABAH TANAH AIRKU' serta 'BERILMU BERWAWASAN (lagu sekolah)' . Kemudian , penyampaian anugerah kepada murid yang mempunyai jawatan di sekolah, murid yang mempunyai kehadiran penuh , murid cemerlang, pemberian scroll dan kemudian barulah diumumkan keputusan UPSR . Hanya nama murid yang memperolehi 5A sahaja akan diumumkan . Di sekolah saya , seramai 36 orang murid yang telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR dan seramai 24 orang murid telah mendapat 4A . 
Saya bersyukur dan terharu dengan keputusan UPSR sy. Saya sangkakan keputusan saya akan mengecewakan kerana saya sangat lemah dalam mata pelajaran sains dan matematik tetapi rupanya tidak. Saya telah mendapat keputusan 4A dan 1B dalam UPSR. Syukur, saya berasa cukup bangga dengan pencapaian saya ini kerana segala usaha saya selama ini telah memberi makna kepada saya. 

I'm Really Excited. But Really Nervous Too.

    9 days left till UPSR result will come out... I feel so nervous to know my result..I want to make my parents feel so happy and proud of me ..They will be so happy if I get a good result .. So Im really hope it.
Besides that,
     There's  about 2 weeks left then I'll leaving my primary school soon :(
Im gonna miss my friends , my teachers , my school and everything ! I hope I still can meet them again one day :(

Work Hard , Dream Big

03 NOVEMBER 2015 
(IM BACK!!)
Yeahhh Im back !! Setelah sekian lama tidak update blog hahahahahaha Internet rumah ni ada masalah sblm ni, So blog ni terbiar and berhabuk ..

     Sejak UPSR dh hbis ni , bnyk aktiviti kami di sklh :)
Antara aktiviti-aktiviti kmi selps UPSR adalah Hari Usahawan .. kmi berjualan di dewan sklh pada waktu rehat tahap 1 dan tahap 2 ... Kami berasa sgt seronok dn kami sgt berpuas hati dgn hasil jualan yg kami dpt . Kmi tlh mndpt untungan yg sngt banyak !
     Selain aktiviti Hari usahawan , Trdpt juga aktiviti yg lain .. Iaitu aktiviti sukan utk Tahun 6 :))  Murid lelaki thun 6 bermain permainan bola sepak , manakala murid perempuan pla brmain permainan bola jaring.. Ianya sgt seronok :D
     Di samping itu , aktiviti yg paling best dn yg sgtttt sy gemari slps upsr ini adalah aktiviti mencanting batik :P ...Kami diajar cara utk mencanting batik dgn btul daripada pekerja2 yg dtg dri kraftangan itu..Pekerja itu brkta bhwa kmi mempunyai bakat yg sgt hebat dlm mencanting batik walaupun bru shja prtma kli bljr cara-caranya .. hahahahaha
   
      Setiap tahun sklh kmi akn mengadakan lawatan utk murid-murid thn 6 selepas upsr .. Setiap tahun murid tahun 6 akan melawat tmpt-tmpt yg berlainan dan menarik..
      Pada tahun ini ,  lawatan kami adalah melawat Universiti Malaysia Sabah (UMS) .. kmi telah melawat 4 buah tmpt yg berbeza yg trdpt di sna ... Antaranya ialah Falkulti Perubatan,Marine Borneo,Perpustakaan UMS dan Falkulti Seni...
     Untuk mengelakkan kesesakkan semasa lawatan ke UMS itu , Kmi telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan . Dlm setiap kumpulan mempunyai 7 org ahli.. Jumlah murid thun 6 yg trdpt di sklh kmi adalah seramai 140 org murid .. Jadi , ianya ada 20 kumpulan yg tlh dibahagikan.. Kemudian slepas itu , 20 kumpulan ini dibahagikan lagi kepada 3 kumpulan .. Iaitu kumpulan A , kumpulan B dn Kumpulan C..Stiap kumpulan yg tlh dibahagikan kpda 3 kmpulan itu jga mempunyai beberapa org guru pengiring masing2.. Kumpulan A , B dn C ni akn berganti2 melawat tmpt , Agar tdk trlalu sesak dgn jumlah 140 org murid dlm stu tmpt ..

      Dengan itu , saya mengakhiri entry sy yg telah cukup panjang seperti karangan ini dgn ucapan  sekian terima kasih dan sy ingin memohon maaf sekiranya bahasa sy terlalu kebudak-budakan hahahahahahahahaha :P

Everything Is Hard Before It Is Easy

It's easy to be a successful person if we work hard for it. Just try the best and don't ever give up, believe that theres still a chance to success.

Well today is the day.. GOOD LUCK TO ALL 2015 UPSR CANDIDATES !!

MAJLIS RESTU ILMU

(MAJLIS RESTU ILMU)
Majlis Restu Ilmu merupakan majlis untuk pelajar-pelajar memohon restu daripada guru-guru mereka.

Ia bertujuan agar ilmu mereka direstu dan juga untuk menghargai segala jasa guru kerana guru tidak pernah lokek berkongsi ilmu kepada kita. 

Setiap orang bermulanya dari seorang guru. Dari seorang gurulah kita menjadi seorang yang berjaya. Oleh itu , kita haruslah sentiasa berterima kasih dan menghargai segala jasa dan ilmu yang telah diberikan oleh guru.

07 SEPTEMBER 2015

Seminar UPSR

9 OGOS 2015
(5 Ogos 2015 - masa ni kan..ada ni org dtg prgi sksg..buat ceramah..nma dia cikgu gana dri putrajaya..dia blg kunu dia cikgu tutor tv...wktu ceramah tu dia bgi tips untuk 2 subjek ja.. cgu ni sngt lah lucu.. ok then sblm ceramah dia mau habis..dia bgitau kmi yg psl seminar upsr nnt 9 ogos ni..siapa mau join kena sms stu number ni.. kena sms awal sbb 20 org ja terhad utk stiap skolah.. sbb bnyk dri sklh lain yg join jga....klau mau tau terpilih atau tidak utk seminar tu.. nnti kmu akan trima sms yg berbunyi mcm ni.. "tahniah anda dipilih blablabla" ..)


throwback msa terpilih xD

drg blg 20 org ja terhad...tpi dri sklh kmi lebih 20 org pergi.. -.- .hehehehe ... btw Harini la tu yg ada seminar upsr di ILP (Institut Latihan Perindustrian) di sepanggar .. kmi tggu di sklh jam 7:00 pagi .. msa sy dtg tu .. bas sda penuh.. trpksa tggu bas yg stu dgn kwn2 yg lain..tapi bila yg bas stu tu dtg.. smua murid dri bas yg awal2 lgi smpai tu turun sbb bas yg bru smpai tu ada aircond .. yeeeeee nda acik ohh... mo tmpr oh drg ni .. last2 sy dpt bas yg awal2 tu ee aiso aircond noh.. time dlm prjlnan gi ILP tu..sy duduk sblh maya dan sblh tingkap..

Masa di ILP .. kmi beratur mo daftar laa.. bila kmi msuk tu dewan..sy duduk di dpn sekali..sbb tmpt sda penuh and trpksa duduk dgn geng fatin (geng2 dia katreena dn jemima)..
then after subjek english selesai..kmi keluar la mau cr mkn.. rmai yg sy jmpaaa di sna dri sklh lain.. sy jumpa kwn tuisyen di eden heigh tu .. nma dia nurfarahin. sklh di sk st francis convent...then msa sy mau prgi beli minuman..fuyyy .. ada ni org muka familiar..mcm knl..rupanyaa kwn sunday school .. nma dia frender .. HAHAHAHAHAHAHA ingatkan hrini nda prgi sunday school nda dpt lah jumpa kwn sunday school..rpanya dpt jugaa jmpa di ILP..hahahahaha tpi kmi nda bertegur (sbb nda rpt -.-) ..kmi main limpas gitu syak..Farahin ja yg ada bertegur..tpi dia la yg tegur sa deluan..lpstu sy jumpa tashaarfan :D

kbai.. pnjg gilo xD

Sambutan Hari Raya Di Sekolah

31 JULAI 2015
Harini hari raya di sekolah (SBT Sk  Sri Gaya)
Yang seronoknya kmi pkai bju kurung smbil jwb exam wehh xD hahaha kebetulan harini tinggal stu paper ja lagi iaitu paper 1 mathematics.. bnyk mkanan yg classmate sy bwa utk jamuan hari raya di skola harini.. smuanya sedap² .. lepas exam kmi trus prgi dewan sekolah utk celebrate hri raya .. sy xda bwa camera so xdpt brgmbr dgn kwn2.. kwn2 yg lain ada bwa camera utk brgmbr.. kami celebrate smpai plg .. (hrini jumaat so celebrate smpai jam 11:30 la . hehe) .. lps hri raya dkt sklh , sy prgi lgi hri raya di tmpt lain... sy , mama sy dn bapa sy prgi beraya di taska kwn mama sy (ank kwn mama sy ni pn bdk sksg tpi thun 4)

(Gmbr ni guru kelas yang send dkt kami ^^)

(Bersama guru kelas, penolong guru kelas dan murid² 6sk)

Sabah Earthquake 2015

Malam sblm 5 June 2015 tu kmi bru sja selamat mendarat di kk. Jdi memandangkan esoknya masih cuti sekolah, jdi plan2 lah kunun mau tidur smpai lewat tengahari .. Tapi tiba2 sy rsa mcm ada satu gegaran yg kuat berlaku (kira-kira jam 7.20 pagi gitu). Terus trjagalah dri mimpi huhuhu. Kami semua yg ada dlm rmh cpt2 keluar dari rumah. Sy yg bru bgn dn masi lagi blur² pn ikut berlari kluar ni.. Kami sibuk mau menyelamatkan diri bah smpai trlupa ada sorang lagi dlm rmh yg sdg tidur nyenyak tdk sedar apa² yg sdg berlaku. 

Saya xda apa² mau cerita tentang gegaran yg berlaku ni.. tapi yg sy boleh bgtahu gegaran ni berlaku di ranau. memang kecoh lah satu sabah psal ni.. sbb bnda ni nda2 pernah berlaku...paling kesian ramai yg terkorban di atas gunung kinabalu.. :(

Waktu Berkabung :)

UPSR is coming.....

Selamat Sejahtera dan Hai ,
Apa khabar semua? Sudah lama sy tidak update entri baru. Maafkan saya kerana sejak akhir2 ini saya terlalu sibuk mengulangkaji pelajaran.
ergghh.. Bagi saya , tahun ini banyak dugaan dan cabaran yang perlu dilalui kerana tidak lama lagi saya bakal menduduki UPSR . Dan ya sudah pasti saya juga terpaksa pergi ke pusat tuisyen.

Tidak lama lagi , UPSR akan tiba . Adakah anda semua sudah bersedia wahai calon-calon UPSR 2015? XD
Kurangkanlah bermain facebook ,wechat , instagram dan sebagainya. Hehe 

Semoga kita dapat menjawab UPSR dengan mudah. Selamat maju jaya semua !

Motivasi daripada Dr. Azmi Abd Aziz

25 FEBRUARI 2015
Seperti biasa , pada setiap hri rbu akan diadakan taklimat untuk murid Tahun 6 di dewan sekolah. Tetapi pada hari ini , selepas sahaja selesai sesi taklimat. Kami ada program motivasi sepanjang hari sesi persekolahan. Sebenarnya kami diminta untuk membayar yuran motivasi RM10 tapi sekolah kami baik hati jadi kami cuma perlu bayar RM5 sahaja xD Semua murid Tahun 6 dan Tahun 5 wajib mengikuti motivasi ini.

Untuk pengetahuan kamu, Motivasi ni disampaikan oleh Dr. Azmi Abd Aziz. Beliau menyuruh kami memanggilnya dengan panggilan "Deddy"..Rmai yg malu2 utk mnyebut prktaan itu xD... 

Selain itu, beliau menyuruh kami untuk menjawab "senangnye" apabila beliau menyebut perkataan "oh my god"..
Cnth : 
Dr. Azmi Abd Aziz : oh my god !!
Kami : senangnyeee

Banyak tips yang berguna kami peroleh daripada beliau ! Tidak kami mensia-siakan peluang ini. Kami mencatat segala tips² yg diajar.
Dr Azmi Abd Aziz juga ada menayangkan sbuah video brtjuk "hantu air" dan juga memasang video klip "let it go" & lirik lagu "count on me" kepada kmi..
Dan prkara yg paling seronok ......
Ada pertunjukkan silap mata daripada beliau !! Sangat seronok !
Saya berharap saya dapat brjumpa dgn beliau lagi pada masa akan dtg..

UPSR

2015 adalah tahun yang paling mencabar bagi kami Batch 03'
-Kenapa? 
Kerana pada tahun ini, kami akan menduduki UPSR :(  huarghhh
Siang hingga ke malam mengulangkaji pelajaran.
Saya harap segala usaha kami memberi manfaat.
Doakan yang terbaik untuk kami semua ya :) 
Thankyou ! ;')

Kelas Tambahan

2 FEBRUARI 2015
Hari ini telah bermulanya kelas tambahan petang dan kelas malam yang diadakan di sekolah kami. 
Murid tahun 6 wajib untuk hadir ke kelas tambahan petang .Kelas tambahan petang ini hanya diadakan pada hari isnin dan selasa sahaja.. Dari jam 1:30 hingga 3:30 ptg 
(Jadual kelas tambahan petang)

Kelas malam pula diadakan setiap hari isnin , selasa , rabu dan khamis . dri jam 7:30 hingga 9:00 .. Murid yang mengikuti kelas malam perlu membayar yuran pada setiap bulan.. 
(1 subjek - RM25)

(Jadual Kelas Malam)

Hari Penentuan Kelas

28 JANUARI 2015
Pada setiap hari Rabu , murid-murid tahun 6 akan diarahkan untuk berkumpul di dewan sekolah untuk mendengar taklimat. Taklimat ini disampaikan oleh semua guru panitia, guru penyelaras dan Tuan Guru Besar.

Selepas sesi taklimat selesai , strimming class dilakukan. Awal-awal lagi sebelum taklimat kami diminta untuk membawa beg sekolah masing-masing dan beratur mengikut kelas masing-masing dengan teratur dan berdisiplin. Kemudian, semasa Cikgu Samsiah iaitu guru penyelaras Tahun 6 ingin memulakan strimming class, kami semua berdebar-debar dan tidak henti-henti berdoa.

Cikgu Samsiah memulakan dari kelas yang paling hujung (6 Sri Tahan) , kemudian kelas ketiga (6 Sri Ledang) , seterusnya Kelas kedua (6 Sri Jerai) dan akhir sekali kelas pertama (6 Sri Kinabalu). 

Ramai murid yang menangis kerana mereka diturunkan kelas dan ada juga yang gembira kerana mereka dinaikkan kelas. Manakala saya pula menangis kegembiraan kerana saya kekal di kelas saya iaitu kelas 6 Sri Kinabalu.

Kepada rakan-rakan sekolah saya yang membaca ini , saya berharap kalian jangan bersedih jika turun kelas ya. Kedudukan kelas tidak penting. Yang penting kalian semua belajarlah dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Ujian Diagnostik

14 JANUARI 2015
UJIAN DIAGNOSTIK !! 
Memandangkan tahun ini kami bakal menduduki UPSR , 
Ujian Diagnostik telah diadakan. Ujian ini adalah untuk menentukan kelas yang sepatutnya kami layak berada pada tahun ini. Contohnya , sekiranya murid yang berada di kelas pertama gagal ketika ujian diagnostik ini , maka murid itu akan diturunkan kelas. Tetapi jika mereka lulus , maka mereka akan kekal di kelas pertama.
Setiap tahun ujian ini dibuat di sekolah kami hanyalah untuk murid tahun 6 , tetapi pada tahun ini ia dibuat untuk semua murid Tahap 2.
Soalan yang keluar ketika Ujian Diagnostik ini sangatlah susah. Lebih-lebih lagi , ujian ini adalah untuk 5 subjek teras sahaja iaitu Sains , Bahasa Melayu 1 dan 2 , Bahasa Inggeris dan Matematik.