Kelmarin (17.11.2015) keputusan UPSR 2015 diumumkan dan juga merupakan Hari Graduasi sekolah saya. Saya berasa sangat berdebar-debar.
Sebelum memulakan majlis , kami menyanyikan lagu 'NEGARAKU' , 'SABAH TANAH AIRKU' serta 'BERILMU BERWAWASAN (lagu sekolah)' . Kemudian , penyampaian anugerah kepada murid yang mempunyai jawatan di sekolah, murid yang mempunyai kehadiran penuh , murid cemerlang, pemberian scroll dan kemudian barulah diumumkan keputusan UPSR . Hanya nama murid yang memperolehi 5A sahaja akan diumumkan . Di sekolah saya , seramai 36 orang murid yang telah berjaya mendapat 5A dalam UPSR dan seramai 24 orang murid telah mendapat 4A .
Saya bersyukur dan terharu dengan keputusan UPSR sy. Saya sangkakan keputusan saya akan mengecewakan kerana saya sangat lemah dalam mata pelajaran sains dan matematik tetapi rupanya tidak. Saya telah mendapat keputusan 4A dan 1B dalam UPSR. Syukur, saya berasa cukup bangga dengan pencapaian saya ini kerana segala usaha saya selama ini telah memberi makna kepada saya.
No comments:
Post a Comment