Cemburu ?

19 APRIL 2016
Hyeee smuaaa. Cuaca skrg panas. Bnykkn minum air masak .
Jaga kesihatan masing-masing. Kurangkan aktiviti di luar hehe ^^
Memandangkan lma tdk update blog , disini ada entry baruu.
Okeyyy, Tajuk entry hari inii adalah tentangg "Cemburu".

"Cemburu" merupakan emosi merujuk pada fikiran negatif 
dan perasaan terancam, takut atau risau kehilangan bagi sesuatu 
yang dihargai oleh seseorang. Terutama merujuk pada hubungan 
manusia. Sifat "kuat cemburu" merupakan gabungan emosi yang 
ditunjukkan seperti marah , benci dan meluat. 

Telah banyak terjadi pasangan yang putus hubungannya atas sebab 
"cemburu" . Ada yang putus persahabatan , tali pertunangan dan tidak 
kurang juga berlaku penceraian ikatan perkahwinan gara-gara sifat itu. 
Tanpa cemburu juga merbahaya. Kerana tanpa cemburu maka tiada siapa
yang akan ambil peduli untuk rasa bertanggungjawab membaiki keadaan.

Pada pendapat anda, siapakah lebih kuat cemburu ? lelaki atau perempuan ? 
Sebenarnya Ianya bergantung pda sifat seseorang itu. Walau bagaimanapun, 
elakkan daripada sifat "kuat cemburu". Kerana sifat itu mampu merosakkan 
hubungan ataupun persabatan kita.

Namun, sekiranya berhadapan dengan rasa cemburu . Kita harus mengawal 

perasaan dan emosi kita agar ia tidak akan memberikan kesan buruk pada 
diri sendiri dan orang lain.



No comments:

Post a Comment